Saturday, July 9, 2011

KONSERT BINGKISAN ALAM 2011





Tempat : Dewan Perdana , UiTM Kedah
Tarikh: 8 Julai 2011
Masa : 8.00 - 12 Malam

ALHAMDULILLAH, PUSAT ISLAM ASHABULKAHFI CITU
telah berjaya menganjurkan Program Malam Kesenian Islam : KONSERT BINGKISAN ALAM 2011 yang telah diadakan di Dewan Perdana 08 Julai 2011 yang telah dilancarkan oleh T
im. Rektor HEAA Y.Bhg. Dr. Mahadzir Ismail merangkap juga Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam UiTM Kedah. Walaupun dikenakan tiket sebanyak RM10, namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan disaksikan lebih kurang 1200 pelajar dan orang ramai. Seawal jam 8.00 malam para hadirin dan VIP iaitu Tim. Rektor HEAA Dr. Mahadzir Ismail dan Tim. Rektor HEPA PM Tn. Hj. Kamal Bahrin Shamsuddin, Puan Hjh Noridah Suleiman dan Us Haron Awang mengambil tempat.

Kumpulan Nasyid Pusat Islam yang diberi nama NUR EAST berpakaian serba merah memulakan persembahan pembukaan dengan lagu irama mengasyikkan para tetamu dan mendapat tepukan penonton. Seterusnya sdr. Mahadzir Johan Tilawah UiTMK menyambung acara pada malam tersebut dengan persembahan PENTODRAMA : Sayembara mencari Tuhan dengan penyampaian penuh emosi. Kehangatan konsert diteruskan dengan kemunculan Kumpulan Hijjaz dengan lagu popular mereka serta celoteh yang menghiburkan para hadirin. Para penonton bersorak dan ada antara mereka tidak melepaskan peluang bergambar secara langsung bersama kumpulan nasyid popular ini. Host Konsert pada malam tersebut mengadakan acara cabutan bertuah berselang -seli dengan persembahan artis jemputan bagi meredakan suasana penonton yang terus bersemangat menantikan kemunculan artis seterusnya. Kemuncak acara malam konsert diteruskan lagi dengan kemunculan Ust. Akhil haiyy dengan lagu popular beliau diikuti dengan sambutan dan sokongan penonton yang turut serta menyanyikan lagu beliau.

Celoteh dan nasihat yang humor serta bingkisan lagu yang hebat membuatkan para tetamu dan hadirin tidak berganjak dari tempat masing-masing. Acara pada malam tersebut di akhiri dengan cabutan disampaikan sendiri Ust. Akhil kepada pemenang yang bertuah, bergambar beramai -ramai dengan semua artis serta sesi makan malam istimewa pemenang dan artis jemputan juga VIP. Sehingga berjumpa lagi konsert akan datang. terima kasih terutama kepada Y.Bhg REKTOR KAMPUS DAN TIMBALAN-TIMBALAN REKTOR YANG HADIR,Us. Haron Awang, Koordinator CITU yang sentiasa memberi sokongan terhadap program-prgram Pusat Islam,Kelab Rakan Pusat Islam (KRPI), semua para AJK , petugas konsert , serta semua staf PUSAT ISLAM dan CITU, FASILITI,UPTP,PENERBITAN DAN RAKAMAN, UNIT KOLEJ (HEPA), Dan Pihak Keselamatan serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan konsert ini.

1 comment: