Tuesday, August 18, 2015

Bila rasa down

Orang yang kerja sendiri tak ada masa nak feeling feeling down. Kalau kita rasa down sangat, kita ada tanggungjawab untuk up motivasi diri sendiri. Kita kena sedar hidup kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Takkan ada orang nak motivasikan diri kita kalau kita sendiri tak mahu berhenti rasa down.
Kalau kita gagal, salahnya bukan pada orang lain, tapi sebab kita sendiri tak mahu ambil tindakan proaktif. Menerima dengan ikhlas bahawa apa saja yang berlaku pada diri kita adalah 100% bergantung pada keputusan yang kita buat sendiri, tak ada orang yang bertanggung jawab atas diri kita walaupun ibu bapa kita.. adalah kunci pertama untuk sukses.
Jadi, get up… fikirkan sesuatu… tetapkan matlamat, senaraikan segala aktiviti yang boleh membantu kita mencapai matlamat kita, dan bertindaklah.
Matlamat tanpa tindakan adalah angan angan.
Matlamat, dengan tindakan yang berterusan tanpa rasa penat dan lelah adalah kunci kejayaan.

No comments:

Post a Comment